Bila anda beli rumah baru, mesti anda tak sabar nak mulakan kehidupan baru, kan?
Tapi itu baru permulaan.
Sekarang anda dah kena mula mengemas perabot, pakaian, barangan rumah dalam masa terdekat. Anda pula memang tiada masa nak buat semua ini!
Jadi apa penyelesaiannya?
Dengan Supermovers, anda tak perlu risau!
Supermovers baru sahaja melancarkan perkhidmatan pindah rumah terbaru untuk mengurangkan beban anda semasa pindah rumah.
Memperkenalkan:
Perkhidmatan Membuka Dan Memasang
Dengan perkhidmatan ini, anda akan mendapat seorang pemandu dan 2 pembantu yang bersedia untuk membuka dan memasang perabot semasa anda pindah rumah!
Pemandu dan pembantu juga akan memuat dan memunggah perabot dan pelbagai barangan lain dari rumah lama ke rumah baru anda.
Kami memperkenalkan perkhidmatan pindah rumah ini sebab kami faham:
Nak membuka dan memasang perabot rumah ini memang memenatkan!
Dengan perkhidmatan ini, anda hanya perlu berehat dan rakan penghantar Supermovers akan uruskan kerja-kerja berat untuk anda.
Tapi bukan itu sahaja.
Selain daripada perkhidmatan membuka dan memasang, perkhidmatan pindah rumah kami juga mempunyai beberapa ciri lain untuk lebih memudahkan proses pindah rumah anda:

Tiada Kos Tersembunyi
Bila anda dapatkan sebut harga untuk perkhidmatan pindah rumah, mesti anda tak suka bila anda baru perasan anda kena bayar surcaj yang anda tak pernah tahu sebelum ini.
Kos tersembunyi ini boleh jadi perkara yang merunsingkan untuk sesiapa sahaja yang nak pindah rumah, dan selalunya kos ini akan muncul bila anda tak sedar pun!
Harga perkhidmatan pindah rumah Supermovers dikira berdasarkan jarak penghantaran dan kenderaan yang anda pilih. Jangan risau, tiada kos tersembunyi bila anda menghantar dengan kami.
Malah, anda boleh rujuk harga akhir penghantaran dengan mudah setelah anda pilih lokasi dan kenderaan penghantaran.
Anda boleh lihat sendiri betapa mudahnya nak dapatkan harga akhir di Site kami!
Kenderaan Untuk Setiap Saiz Dan Berat
Sama ada anda nak memindahkan sofa besar, katil saiz single atau rak buku, Supermovers mempunyai pelbagai jenis kenderaan untuk anda pilih.
Anda risau jika perabot anda terlalu besar dan berat? Tak perlu lagi!
Kenderaan yang ditawarkan untuk pindah rumah bersama Supermovers adalah berikut:
- Lori 1 Tan
- Lori 3 Tan
- Lori 5 Tan

Pilih Perkhidmatan Pindah Rumah Dengan Supermovers Hari Ini

Percaya atau tidak, kami juga tak sabar nak membantu anda mulakan kehidupan baru dengan rumah baru anda!
Dengan perkhidmatan Membuka dan Memasang, kami pasti pengalaman pindah rumah anda akan menjadi lebih mudah. Risau sakit belakang kalau angkat barang-barang berat? Sekarang bukan menjadi masalah lagi!
No comment